Saturday, December 4, 2010

!nSpirE Me.. :D

" IF you WANT to be the BEST,,you got to THINK and DO everything to be the BEST..
There's NO room for other things! "

(.^_^.)





AkU T@k Ka$aR

Kasar bukan sifat keji
Bukan juga sifat terpuji
Tapi mengapa..
Dia tidak mengerti

Biar kasar pada suara
Jangan kasar pada bahasa
Tapi mengapa..
Aku sering dihina

Kasar pada diri
Lahir secara semulajadi
Tapi jangan lupa..
Ia boleh diperbaiki

Biar kasar dipandang mata
Jangan kasar dihati & jiwa
Tapi mengapa..
Dia tidak selesa

Siang bersilih ganti
Hari berganti hari
Aku sering diperli
Dia menjauhkan diri..

Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui
Kutadah tangan memohon hidayah
Atas kekhilafan & kekasaran diri ini
Agar aku bisa tabah & berubah

Maafkan aku..

TaK MiN@t M@ka TaK $uKA..

Assalamualaikum..
$elamat sejahtera semua!

Bukan nak cakap pasal cinta,,tapi nak tanya.. 
  • Berapa kali anda bersukan dalam seminggu?
  • mm..ok2..Hari ni pergi bersenam tak? 


Tepuk dada tanya diri..  (jawab sendiri lorh..)

Berikan 1 SEBAB mengapa anda tidak suka sukan @ bersenam?
mm..DA AGAK DA.. huhu.

Sebenarnya tak rugi kalau kita bersenam.
"Otak yang cerdas datangnya dari tubuh yang sihat.." [ pinjam kata-kata pensyarah ] haha..

  1.  Jogging  ~ penat ke? baik untuk jantung..
  2. Berbasikal  ~ tak reti kayuh basikal? boleh belajar..
  3. Badminton,tenis,squash  ~ perlukan bakat? selalu berlatih,lama-lama boleh.
  4. Berjalan pantas  ~ tak suruh lumba pun..jalan je.
  5. Bola sepak,sepak takraw,ragbi,futsal  ~ kena buat kumpulan.apa yang penting?? KERJASAMA..
  6. Bowling  ~ mahal ke? ada pakej la..tunjuk student card..
  7. Bola keranjang.bola jaring  ~ ada indoor,,ada outdoor..pilih2..
  8. Berenang  ~ takda kolam renang?  kompleks akuatik kan ada..
  9. Skateboarding  ~ perempuan pun boleh main.tapi,,hati-hati..
  10. wallclimbing  ~ best! kena cuba,,baru tau..
Macam mana?? da cuba,,tingkatkan usaha..  
Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam.. ( tahi ayam boleh buat baja )
Luangkan masa sekurang-kurangnya 20-30 minit..tak lama pun..online fb lg lama kn..huhu

Kalau ada sukan lain yang lebih seronok @ menjimatkan,,boleh beritahu.. :D
 Fikir-fikirkan..






Friday, December 3, 2010

$UkaR..??




Sukar untuk meneruskan penjelajahan ini
Satu persatu harus dilalui
Melalui denai dan hutan
Di mana penghujung yang harus ditemukan?

Kurenangi sungai dan lautan
Hingga ke dasar masih tidak kelihatan
Pukulan ombak yang tidak tertahan
Menghanyutkan aku kembali ke daratan

Kuingin sekali sampai ke bulan
Tiada daya menggapai impian
Lupakan hasrat,tinggalkan harapan
Aku tenggelam dalam angan-angan

Masih jauh yang harus kuterokai
Bumi & isinya yang dibentangkan
Aku perlukan sokongan dan dorongan
Paling utama kasih sayang yang dicari

N@siHat d!a..

Bersyukur pada Ilahi
Atas nikmat yang diberi


Tabah menghadapi dugaan
Kerana Dia menguji kesabaran


Nasihat dia..


Kesihatan mesti diutamakan
Selalu bersenam & jaga pemakanan


Makan ubat bila perlu
Air masak diminum selalu


Nasihat dia..


Ambil iktibar dengan apa yang terjadi
Agar ia tidak berulang kembali


Usah mengandaikan sesuatu
Jika belum tibanya waktu


Nasihat dia..


Tingkatkan usaha & banyak berdoa
 Supaya mendapat keberkatan olehNya


Terima kasih kerana selalu ingatkan saya  :D