Saturday, October 22, 2011

Cake Day :)

Forget the weight
just enjoy the cake
and make your Cake Day
absolutely great!

 yummy!!!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEK..

ana suka makan kek..hehe
terutamanya kek coklat!
sedap...
 macam kek ni..




geramnya tengok kek ni..
kalau boleh tiap-tiap hari nak makan kek coklat :p
siapa suka kek pegang mulut..! hihi
ada orang kata kek tak elok untuk kesihatan..
siapa kata??
kek tu tak salah pun..jangan salahkan kek..
kesian dia..
makan kek memang sedap..tapi..
harus ingat..makan tu berpada-pada lah ya..!
kek tu kan manis..ada lemak..ada karbohidrat..
macam-macam lagi la..
contohilah amalan Rasulullah s.a.w
seperti yang disebut dalam al Quran yang bermaksud:
"... makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.." (surah al-A'raf,ayat 31)
jadi,beringat-ingatlah..
makanlah apa yang anda suka.
tak ada siapa yang larang
namun,lebih elok kalau kita praktikkan...
"berhenti sebelum kenyang.."
tak kisahlah makan kek ke,coklat ke atau apa-apa aja.. 

tq & tc (.^_^.)










Thursday, October 20, 2011

sedapnya kek ni.. kanak-kanak pasti suka..berwarna warni.. anda bagaimana? eh..anda kanak-kanak ke?
hehehe.. kek ni untuk kanak-kanak di luar sana.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA..! tahu tak ada hari kanak-kanak sedunia? haa.. ada la.. jom! cepat-cepat ucap kat kanak-kanak di luar sana..kat adik-adik kita.. (kalau ada yang masih kecil) hehe.. 
Hari Kanak-kanak Sedunia ni biasanya disambut pada 1 Jun di kebanyakan negara. Tapi.. sejak 1954, PBB & UNESCO menjadikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia. :)
jadi..JANGAN lupa tarikh penting ni.. kita dulu pun pernah jadi kanak-kanak,jadi tak salah kalau kita sambut  untuk adik,anak,cucu atau cicit..
tengok ni.. seronok kan mereka..
hargai la mereka.. kerana mereka membuatkan dunia bahagia..gembira..selesa.. mereka membuatkan dunia tersenyum.. 

"we worry about what a child will become tomorrow,yet we forget that he is someone today! "
kan bagus kalau dapat jadi kanak-kanak lagi.. tapi nak buat macam mana..hidup perlu diteruskan.. umur semakin meningkat.. zaman makin berubah.. :p sayangi kanak-kanak seperti mana kita menyayangi diri kita..
kalau ada masa terluang,,bawalah mereka ke tempat-tempat yang mengadakan sambutan hari kanak-kanak.. mereka pasti suka! 

" The best way to make children good is to make them happy.." 
-oscar wilde-






Saturday, October 15, 2011

Hurry up!!!!






 Some people say, "time is like a gold".
 but..
 some people say, "time never wait for us".
 and..
 some people say, "time is precious,so waste it wisely".

surah al asr,1-3(mekah)
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

do not waste your time..appreciate it..
otherwise...you will be like this..


hahaha..

"TIME IS LIKE A SWORD.IF YOU DO NOT CUT IT,IT WILL CUT YOU"

tadaaa... :)

Friday, October 14, 2011

Dahagakan kasih,kelaparan cinta,kebuluran bahagia..



Cinta sejati tak mudah diperolehi
Kasih Ilahi tak mudah dirasai
Kebahagiaan tak mudah dikecapi
Namun..
Jika kita percaya padaNya
Jika kita mendamba cinta Yang Maha Esa
Jika kita menyayangiNya lebih dari segalanya
Jika kita melaksanakan suruhanNya
Jika kita tidak melupakanNya
Jika kita tidak meninggalkan Dia
InsyaAllah..
Allah tidak akan melupakan kita
Allah akan menyayangi kita
Allah akan mengurniakan cinta
Kerana..
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Allah Pemberi Cinta,Kasih dan Bahagia


K.a.W.a.N b.A.i.K =_o


"Adakah kamu berdua kawan baik?
tapi..kamu nampak mesra.."
mm..kalau begitu,teman tapi mesra..
"tapi..kamu dah jarang bersama.."
mm..kalau begitu,kawan biasa..
hahaha..tak kisahlah apapun orang nak kata.Dia tetap kawan baik saya.
Saya masih berkawan dengannya.Bagi saya,kawan,teman,sahabat sama ja.. :)
Dia kawan baik saya,,dia teman baik saya,,dia sahabat baik saya..!
Jom layan video ini..

Persahabatan telah direncanakan oleh Allah Yang Maha Esa
Pertemuan yang tidak dirancang dan tidak disangka
Perkenalan yang biasa dan suram pada awalnya
Dua insan yang jarang bertegur sapa
Bercakap,berjumpa dan berbincang jika ada perkara
Siang malam silih berganti sehingga tiba masanya
Pertolongan si dia diperlukan untuk membuat poster
Dua sahabat bekerjasama
Program dilaksana dengan penuh gembira
Alhamdulillah,akhirnya berjaya
Allah Maha Mengetahui,Allah Maha Kuasa
Mereka menjadi sahabat setia
Ke mana sahaja mereka berdua
Hingga ada yang cemburu buta
Pelbagai fitnah dan khabar angin menimpa
Astagfirullahalazim,bukan itu sahaja
Ada yang cuba mengkucar-kacirkan mereka
Alahai,mereka tidak bercinta
Kata sepakat diraih bersama
Kalau berdua tidak manis dipandang mata
Apatah lagi dimata Dia
Kekerapan berjumpa dikurangkan akhirnya
tapi,orang bertanya tak kurang jua
Aduhai,tidak mengapa
Walaupun jasad tidak bersua
Ya Allah,satukanlah mereka dalam hati yang sama
menjadi sahabat,kawan dan teman yang mesra
Semoga Allah memberkati ukhuwah yang ada

#terima kasih kepada sesiapa yang membaca,
  maaf dipinta jika ada yang terasa,
  salam ukhuwah fillah abadan abada..







Kahwin Oh Kahwin


Cinta terjalin antara dua hati
Janji diikat sehidup semati
Kasih disulam penuh teliti
Cahaya mata menjadi bukti
Suruhan Allah terus ditaati
Moga bahagia & hidup diberkati

# Selamat ulangtahun perkahwinan kepada bonda dan ayahanda tercinta.
    May Allah bless both of you..   ^_^

MaRi BeRdOa

Doa Rabitah

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendukung
SyariatMu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada
Kekalkanlah kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia

Thursday, October 13, 2011

When I was a child..

I smiled happily..
I cried heavily..
I played hardly..
I learned smartly..
I talked actively..
I sang loudly..
I spent my life as a child simply and easily..
and I never regret it..
I never forget my sweet memories..


what did you do when you were a child??





There is no difference between a child and another children.
They enjoy their happiness with their family,friends and nature.
If there are differences,it's only the tools that they used to play,environment and family background.
but all children just PLAY,LEARN & GROW TOGETHER! :p


sing together..






Saturday, October 8, 2011

read it.. ^_^

Yesterday is a cancelled cheque.Tomorrow is a promising note. 
Today is the only cash that you have.So,spend it wisely. -kim lyons-


:: makassar oh makassar ::

tak tahu kenapa saya teringin sangat nak ke makassar..
apa yang ada kat makassar??
nanti dulu.. makassar tu kat mana? hahaha..kat indonesia.
banyak-banyak negara kat dunia,indonesia juga tempat yang diimpikan..
pelik kan..


ada orang nak ke ireland,paris,england,uk,arab saudi,german dan sebagainya..
tapi saya lain sikit..
 sebab-sebab saya nak ke makassar :-


1) saya ada kawan kat sana..tapi tak pernah jumpa.. :( rindu..

2) kat sana ada trans studio makassar..


3) ada barang-barang yang menarik dan unik





4) mata wang
1 rupiah = RM0.0004

RM1 = 2802.8242 rupiah



5) suhu dan cuaca..

tak terlalu sejuk..tak terlalu panas.. hehehe.
 saya tak suka cuaca sejuk..

6) dan lain-lain... :p

setiap orang ada keinginan masing-masing..
setiap orang ada impian masing-masing..
setiap orang ada pilihan masing-masing..
kalau ada siapa-siapa yang ingin memberi cadangan tentang tempat-tempat menarik,boleh lah beritahu dan kongsikan bersama.
tapi...
jangan tempat yang terlalu sejuk..panas takpa.. :)




Monday, October 3, 2011

SENANG ATAU SUSAH??

BUKAN senang hendak senang..BUKAN susah hendak susah..
mm..semuanya terletak pada diri kita sendiri. kalau nak senang,kena rajin..kalau nak susah,,kena malas.
senang ja kan?

tiada benda yang senang dalam dunia ni..apa yang penting usaha..
kesenangan datang selepas kesusahan..
"bak kata orang, bersusah susah dahulu,bersenang senang kemudian.."  :)
kejayaan takkan datang dengan begitu mudah.. 
kejayaan datang apabila ada usaha,doa,istiqamah dan tawakal. 
jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia..
insyaAllah urusan kita akan dipermudahkan..
paling penting..JANGAN MUDAH PUTUS ASA!