Monday, February 25, 2013

batik oh batik

Assalamualaikum..
haa..ni nak cerita pasal kek batik
ada apa dengan kek batik?
kenapa nama kek batik?
saya pun tertanya tanya..
di mana corak batik dalam kek batik?
kenapa tak letak kek biskut mary ke..
kek biskut berlapis ke.. 
dah kek..biskut lak..

ni pertama kali saya buat..
bukan saya buat seorang..dengan kakak saya la..
kalau buat seorang,tak tahu la jadi kek apa..hihi
saya minta resepi dengan dua orang sahabat saya..
yati dan jijah..
fifkir punya fikir
...........................................................................

saya gabung resepi mereka berdua..
dan ikut suka saya lah nak mula dengan apa dulu
orang kata kalau kita ikut betul-betul takkan jadi..
yela..orang tu guna cawan lain..bekas lain..
tak sama dengan kita..ikut kreativiti sendiri :)

ok..maaf..bahan-bahannya :

600g biskut mary
1 ketul butter
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan koko
1 cawan milo
1 cawan air suam
esen vanila
garam secukup rasa

cara-caranya :

masak butter, telur, koko, milo, susu pekat,
gula, air suam, esen vanila, garam
hingga pekat..

patahkan biskut mary,
gaul sebati dan masukkan ke dalam bekas

*ada juga saya patahkan biskut dalam bekas
lepas tu saya tuang bahan-bahan yang di masak tadi..
ada banyak cara..terpulang pada masing-masing

simpan dalam peti sejuk..


 sekian..

Selamat Mencuba :p

PESAN MAK

Mak saya adalah kawan baik,kawan rapat dan kawan istimewa saya
mak lah tempat saya mengadu..mengadu kat Allah dulu tau baru mak
hal kecil pun saya beritahu mak saya..ada masalah dengan kawan pun nak beritahu mak
patut la orang kata saya anak mak..hihi

Pesan mak..
"banyak-banyak bersabar..biarlah apa depa nak kata..
 anggaplah ini ujian dari Allah"

Pesan mak
"banyak-banyak istigfar dan mohon pada Allah supaya dipermudahkan urusan harian"

Pesan mak
"masa tengah belajar tumpukan betul-betul..esok dah kerja fikirlah pasal kahwin..
 kahwin tak semudah yang kita nampak..jangan buang masa berteman kalau kita belum nak kahwin"

Pesan mak
"bila tertekan, banyakkan ingat Allah"

Pesan mak
"hargailah masa dengan baik..biar kita penat/susah sekarang..
 insyaAllah kalau kita ikhlas belajar kerana Allah, Dia akan membantu kita"

Pesan mak
"lepas sembahyang subuh, baca surah Asy Syarh 7 kali"

Pesan mak
"bila dah berjauhan dengan mak, kalau nak buat apa, nak minta apa atau pergi mana,
 beritahu mak dulu..jangan rahsia dengan mak..mak tak tahu hampa tipu ke tak..
 tapi Allah tahu"

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah..
saya ada seorang mak yang sayang pada anak-anaknya
seorang mak yang ambil berat pada anak-anaknya
seorang mak yang 'sporting & cool' 
terima kasih mak kerana selalu mendoakan anak-anak..
saya sayang mak! 

Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu :D

Friday, February 15, 2013

pandang-pandang

tiap kali menaiki kenderaan
pasti ku merenung keluar tingkap
apa yang ku lihat?
apa yang ku pandang?
bukan lelaki
bukan motosikal berkuasa tinggi
tapi....
ku pandang langit dan awan
subhanallah.. ^_^
cantik ciptaan Allah
tak kira siang dan malam
ku tetap pandang


ku rasa tenang dan aman
walaupun ku rasa sedih atau gembira
walaupun cuaca cerah atau mendung
mm..kadang-kadang..
ada burung-burung berterbangan
:D
chip chip.. macam tu ke bunyi burung :p
Ya Allah,,terima kasih atas nikmatMu..
ku bersyukur..kerana dapat memandang
ciptaanMu yang indah
ku berharap ku dapat memandang lagi
dan peliharalah pandanganku
dari perkara yang tidak elok
amin...

Say Alhamdulillah ^-^

Wednesday, February 6, 2013

REaliTI

ketika di hospital..teman nenek saya pergi ambil darah kat bahagian mata..nenek kurang nampak.

nenek cina : aiya..lu olang melayu manyak untung..ada anak..teman lu punya mak..
mak           : you datang dengan sapa?
nenek cina : saya solang-solang..ada anak..tak mau hantar..dia duduk itu balakong.
mak           : o..datang naik apa? teksi?
nenek cina : mana ada..saya bawak kereta solang-solang..saya mana nampak..
mak           : you duduk mana?
nenek cina : saya duduk itu sungai buloh..
mak           : aiya..jauh..you kurang nampak..macam mana bawa kereta?
nenek cina : saya bawa slow..saya pasang itu lampu kecemasan..olang ingat keleta losak..sampai juga ke hospital.

kesian nenek cina tu.. dia datang seorang diri dengan mata yang kurang nampak. umur dia 61 tahun..
saya dan mak pula teman nenek ke hospital..
nenek tu cerita anak dia balik setahun sekali je..kat rumah pun tinggal seorang diri..

lebih terkejut bila dia cakap dia masih bekerja..kerja mencuci rumah orang..potong sayur di kedai makan.. sedih..anak-anak sibuk bekerja..dah berjaya..
tiba-tiba datang anak beranak berbangsa cina juga datang untuk berjumpa doktor..lagi la sayu..
"lagi 4 hari mau tahun baru.." kata nenek cina tu.. saya harap anak-anak dia balik rumah dia..

saya bukan nak cakap pasal bangsa cina ni tak baik ke apa.. 
semua bangsa ada yang jadi macam ni.. apapun berbalik pada didikan agama..
ada orang bila dah berjaya,ingat ibu bapa..bawa ibu bapa jumpa doktor bila mereka jatuh sakit
kisah nenek cina ni membuat saya tersentuh dan sebak..

saya berharap saya tidak menjadi seperti anak-anak dia..saya nak jaga ibu bapa saya..
saya nak jaga atuk dan nenek saya.. biarlah orang pelik dengan keluarga saya..
seorang sakit,,tapi ramai yang datang teman.. saya tetap nak teman orang yang saya sayang..
lagipun sekarang ni saya sedang cuti semester..ini la peluang saya..


sayangilah orang yang berada dekat dengan kita..sayangilah ibu bapa kita..sayangilah keluarga..
janganlah kita menghukum ibu bapa kita kerana kehidupan masa lalu..
siapa kita untuk menghukum? terimalah mereka seadanya..
jangan kita pandang keburukan dan kelemahan mereka..pandanglah kebaikan mereka..
itu pun tak mampu kita balas..

sebagai contoh,mereka sanggup menjaga kita sehingga kita berumur 25 tahun..lepas tu kita kahwin..
kita dah ada keluarga..tapi mampu tak kita menjaga ibu bapa selama 25 tahun? 
mereka menjaga kita dan adik beradik..tapi mampukah kita nak jaga seorang ibu dan seorang bapa?
tak ramai pun.. fikir-fikirkan..selalu muhasabah diri..

#saya cakap ni pun untuk diri saya juga..sebagai peringatan..
  salah silap harap maafkan..semoga diri ini tidak leka dengan dunia..

Thanks for reading ^-^

Aktiviti Di Rumahku Syurgaku

bila cuti semester bermula..kawan-kawan buat apa?
fikir apa? kerja? tapi..cuti tak lama..
kat KL ni siapa nak ambil saya bekerja..
jadi..duduk rumah la..
bukan duduk goyang kaki.. ewahhh
banyak aktiviti boleh buat.contohnya bercucuk tanam

saya beruntung ada atuk dan nenek yang suka berkebun..
berkebun di bandar yang besar ni?? ada tanah besar ke??
ada ruang ke??boleh hidup ke pokok dengan cuaca panas??
haa..bagi saya macam tak logik..kat KL ni panas sangat..
tahun 2012 tahun paling panas..tahun macam mana pula?
banyaknya soalan..siapa nak jawab ni..jawab sendiri la.... :)

rumah kami ni rumah kampung.bukan rumah teres..
nenek masih mengekalkan keaslian rumah..tak nak tukar batu..
ruang pun tak banyak..dulu ada tanah..tapi sekarang..
dah tar..simen..jadi tinggal sikit je tanah..
nenek banyak tanam pokok dalam pasu..

banyak pula membebel..hahaha..
ni nak tunjuk gambar pokok-pokok yang ada..
banyak sebenarnya..tapi tunjuk sikit je la..
#bukan nak riak..cuma nak tunjuk hasil..
kadang-kadang nenek saya bagi je pokok bunga kat orang..
percuma..hee..sebab banyak sangat pokok..
susah nak jaga..ulat..nyamuk..siput babi..

 kalau tak tahu pokok apa ni..tanya kawan k..
belakang tu rumah jiran..

 belimbing..masak apa yang sedap??

 
bunga ros..cantik kan?? tak payah beli kat kedai..
 
pokok sireh pun ada tau..macam-macam kegunaannya..

 ala...lupa la nama pokok ni..maaf..hee ^_^

 bunga kertas..dulu macam-macam warna..

orkid la :D

 1..2..

kira sendiri la..hehe

ni hasil selepas memetik cili padi..banyak kan..
#kucing pun nak bergambar juga

limau purut..tapi buah tu kecik lagi..

 nampak tak buah mengkudu? ee..pahit..atuk saya yang makan
buat ubat katanya..

  pokok mangga..nampak tak buah mangga?
mana? mm..cuba tengok betul-betul..




belum berbuah lagi.. :p


Thanks for reading ^-^

Tuesday, February 5, 2013

Pergi TaK keMbali

Alhamdulillah..mataku terbuka..da subuh rupanya..
saat saya bangun dari tidur, makku sedang berbual dengan adik bongsu.
adikku bersiap untuk ke sekolah..
TAPI...lain pula cerita sahabatku..
ibunya telah pergi buat selamanya..
dikhabarkan ibunya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.40 pagi.

mari kita sedekahkan Al-Fatihah.
takziah buat haziq dan keluarga..
moga roh ibumu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Allah lebih menyayanginya..
semoga haziq dan keluarga tabah menghadapi ujianNya..

*ziq,,zie tahu ziq kuat.hidup perlu diteruskan..
  ziq kena tabah supaya adik-adik yang lain pun tabah..
  mungkin zie tak rasa apa yang ziq lalui..zie pun sedih dengan berita ni..
  ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. mohonlah pertolongan padaNya.
  Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Thanks for reading ^-^

MaK dAn IbU

alhamdulillah..semalam hari lahir makku..
Selamat Hari Lahir Mak. Sayang mak!
semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan mendapat keredhaan Allah.
tahun ni tak tahu nak bagi hadiah apa.. adik selalu doakan mak agar dilindungi oleh Allah.

pada hari yang sama..ibu sahabatku telah dimasukkan ke hospital..koma..
sebak pun ada..sebab saya sensitif bila sebut pasal mak,ibu,mama dan sewaktu dengannya..

teringat waktu makku dikejarkan ke hospital..masa tu saya di puncak alam.
tak tenang nak belajar..bezanya pada masa tu makku tidak koma.

*sahabatku,saya faham perasaanmu..saya tahu kamu kuat.
  bila dalam telefon,kamu pandai menyembunyikan kesedihanmu..

Thanks for reading ^-^

Monday, February 4, 2013

Nak Kongsi Tips ^_^

10 tips MERAIH KEBAHAGIAA

1. Duduk sambil beristighfar pada waktu sahur
2. Menyendiri untuk bertafakkur
3. Menjalin hubungan dengan orang-orang soleh
4. Perbanyakkan berzikir
5. Melakukan solat sunat dua rakaat dengan khusyuk
6. Bacalah Al-Quran dan renungkanlah isinya
7. Berpuasa sunat walaupun pada hari yang sangat panas
8. Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi
9. Meringankan beban seorang muslim yang sedang dalam kesulitan
10. Usahakan menjalani hidup di dunia dengan zuhud

*sumber : La Tahzan 2
Thanks for reading ^-^

ReZeKi

Listen! listen! listen!
mmm...demam 'listen' hari tu..
tapi bukan nak cakap pasal 'listen' :p

BACA! BACA! BACA!
ha..baru betul.. (tak ada lagu, nk 'listen' apa kan..)
sebenarnya nak cerita pasal carilah rezeki
TAPI jangan tamak!

# ulat yang ada dalam tanah diberi rezeki oleh Allah
# burung yang berada di dalam sarangnya juga diberi makan oleh Allah
# ikan yang berada di dalam air juga diberi rezeki oleh Allah
anda lebih suci dari ulat, burung dan ikan..
usahlah bersedih hanya kerana soal rezeki

semua orang suka cari rezeki..
untuk keluarga, isteri, anak-anak..
ada yang cari rezeki untuk diri sendiri..
tapi..pastikan rezeki yang halal ye :)

segelintir orang cari rezeki dan tamak..
dia rasa tak cukup lagi..
apa yang difikir..KERJA.KERJA.KERJA..
DUIT.DUIT.DUIT..
contoh:
da ada kereta,nak beli kereta lain..
padahal dah ada dua kereta..anak ada seorang je..
(kalau mampu beli la..kalau berhutang,tak perlu la..
buat apa tambah hutang..pening kepala..)
ni beli kereta sebab nak menunjuk..aduhai..jangan la begitu
manusia tak pernah puas
sepatutnya kita bersyukur..
Jangan Risau.. Allah Maha Pemurah..

 kalau kita selalu ingat Dia,Dia akan selalu ingat kita.
bila rezeki melimpah,diberi kesenangan, diberi kesihatan yang baik,
selalu  ingat Allah..ucaplah Alhamdulillah..

Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit... (Thaha : 124)

jangan lupa diri bila kita dah senang..
jangan tamak..jangan sombong..jangan riak..
kita kena ingat bahawa rezeki itu datangnya dari Allah..

semoga kita tergolong dalam orang-orang yang bersyukur..
semoga diri ini tidak lupa dan lalai dengan kesenangan
*sumber : La Tahzan 2
Thanks for reading ^-^

SELALU UCAPKAN..



Thanks for reading ^-^