Friday, October 14, 2011

K.a.W.a.N b.A.i.K =_o


"Adakah kamu berdua kawan baik?
tapi..kamu nampak mesra.."
mm..kalau begitu,teman tapi mesra..
"tapi..kamu dah jarang bersama.."
mm..kalau begitu,kawan biasa..
hahaha..tak kisahlah apapun orang nak kata.Dia tetap kawan baik saya.
Saya masih berkawan dengannya.Bagi saya,kawan,teman,sahabat sama ja.. :)
Dia kawan baik saya,,dia teman baik saya,,dia sahabat baik saya..!
Jom layan video ini..

Persahabatan telah direncanakan oleh Allah Yang Maha Esa
Pertemuan yang tidak dirancang dan tidak disangka
Perkenalan yang biasa dan suram pada awalnya
Dua insan yang jarang bertegur sapa
Bercakap,berjumpa dan berbincang jika ada perkara
Siang malam silih berganti sehingga tiba masanya
Pertolongan si dia diperlukan untuk membuat poster
Dua sahabat bekerjasama
Program dilaksana dengan penuh gembira
Alhamdulillah,akhirnya berjaya
Allah Maha Mengetahui,Allah Maha Kuasa
Mereka menjadi sahabat setia
Ke mana sahaja mereka berdua
Hingga ada yang cemburu buta
Pelbagai fitnah dan khabar angin menimpa
Astagfirullahalazim,bukan itu sahaja
Ada yang cuba mengkucar-kacirkan mereka
Alahai,mereka tidak bercinta
Kata sepakat diraih bersama
Kalau berdua tidak manis dipandang mata
Apatah lagi dimata Dia
Kekerapan berjumpa dikurangkan akhirnya
tapi,orang bertanya tak kurang jua
Aduhai,tidak mengapa
Walaupun jasad tidak bersua
Ya Allah,satukanlah mereka dalam hati yang sama
menjadi sahabat,kawan dan teman yang mesra
Semoga Allah memberkati ukhuwah yang ada

#terima kasih kepada sesiapa yang membaca,
  maaf dipinta jika ada yang terasa,
  salam ukhuwah fillah abadan abada..







No comments:

Post a Comment