Wednesday, November 30, 2011

Thanks a lot to my sis (akak kuning) .. 
nice to meet you.. although we meet on ym and fb
you always advise me to be a strong person.. "sabar dik"
i never forget your words..
"ada masa kita diuji..ujian tu datang sebagai peringatan dan juga teguran"
tq again sis

"jangan lupa minta Allah permudahkan urusan..gantungkan pengharapan adik hanya padaNya"


actually..who is akak kuning? haha...
she is a student,sweet and kind..
to know more about her..please visit her blog..best! :D
http://pendambarahmat.blogspot.com


i always call her akak kuning...because she is in yellow.. hihi
willing to see her smile..love to chat with her..tease her..
she is sempoi..kelakar..dan sweet! ^_^
...............................................
=.=''



"setiap mukmin itu bersaudara" (al-hujurat:10)

tq for being my sis..my fren..my enemy.. ups..just kidding.. :p
may Allah bless you..



ok.it enough..i'll story about her next time..insyaAllah..
akak kuning..mishu very much..i wish i can see you before you go back to nz..
lalalalalalala~~~~

from adik ungu


Monday, November 28, 2011

Be A Hero

Be A ...
H = help
E = everyone
R = respect
O = others










it is such a little thing in our life.. 
it is not hard to do that.. simple..
only one word..but very meaningful
without it, you will not have a good relationship with people..
and people will not respect you too..
sometimes we are not realize that we disturb others
so..we should ask ourselves
be a good man..
when we see people are sleeping,low our voice..
when we see they are studying,just sat quietly..
we can think..think and think..do self-reflection
Allah give us brain to use not to waste it..

If you expect respect,be the first to show it..
in other word..
to get respect,you must give it..

people do not ask to be loved
they do not ask to be liked
but they ask to be respected










Sunday, November 27, 2011

Sweet Room!

"bilik ni nampak suram la.."
"betul tu..tak da mood nak belajar.. nak lepak lama-lama di bilik pun jadi malas"
"we have to do something.."
"mm.. jom! "

kat sini ada tips untuk jadikan bilik anda jadi menarik agar anda tertarik untuk belajar..
kadang-kadang timbul rasa malas nak belajar bila duduk di bilik.betul tak?
kalau nampak katil..baik pilih katil..hohoho.. (kalau pilih katil untuk belajar,,bagus!) 
apa kata sekali sekala kita ubah bilik kita.
(kalau yang di kolej atau asrama tu..jangan pulak pergi ubah susunan katil,almari dan lain-lain..
tak pasal-pasal kena marah..)
kalau di rumah sendiri tu boleh la.. :)

ok..apa yang kita boleh buat adalah dengan menghias tempat belajar .. #da macam nak bagi resepi la pulak
ada yang suka belajar atau buat kerja di meja..ada yang suka di katil..terpulang la..
pastikan meja kemas..buku-buku tersusun.. 

simple kan? sedap mata memandang..
kalau nak letak banyak barang atas meja,,boleh sangat asalkan kemas..
rasa kosong? letak bunga pun cantik juga..tak payah banyak-banyak..sekuntum pun da cukup..
perempuan kan suka bunga.. lau lelaki nak letak bunga pun boleh.. hihi

bunga da..meja pun da.. haa! kita letak gambar keluarga.. terpulang la nak gantung ke,,letak atas meja ke..
tampal di dinding ke.. baru la semangat.. terubat rindu.. sesetengah orang ada penyakit homesick..
ada juga yang rindu..rindu siapa? rindu pakwe? no..no..no. belajar dulu dik oi.. perjalanan masih jauh.. :D

lagi..apa yang kita boleh hias?? 
mm..kita boleh hias dinding..papan putih.. tampal gambar yang kita suka ke..kata-kata hikmah..
papan putih tu jangan dibiarkan kosong..kalau tak tahu nak buat apa..tulis pesan mak ayah..habis cerita. 
tiap-tiap hari tengok.. lama-lama akan timbul rasa nak belajar sunguh-sungguh.
semua orang mesti nak tengok mak ayah happy kan? jadi,,belajar la rajin-rajin..


rasa-rasa cukup tak tips yang diberi? sebenarnya banyak lagi.. ikut kreativiti masing-masing..ok?
cop! eh,boleh pulak cop-cop.. ada juga kawan-kawan kita yang suka buat kerja di atas katil..
lepas siap kerja terus tidur.hahaha.. macam-macam gelagat bila di atas katil.. 
"belajar ke baring dik oi..duduk la elok-elok" 
ni ada contoh meja yang kawan-kawan boleh beli dan cuba.. * tak da percuma ya..
selesa dan tak sakit badan. lebih santai..


selamat menghias bilik anda..cuba dulu baru tau..jangan asyik nak hias muka dan rambut je..
pastikan bilik bersih..letak pewangi ke.. baru la nyaman ~
kalau da hias bilik..hias perangai pula.. huhu.. nanti bilik da cantik..da selesa,,diri tak reti nak pergi study

"if you really want to do something.you'll find a way..if you don't,you'll find an excuse." 

Hijrah New Year :)

Assalamu'alaikum..

seronoknya sambut tahun baru.. azam baru..(azam lama tak capai lagi..haha)
semua nak baru.. wajah baru..semangat baru..
hubungan baru...ups! jangan salah faham.. maksudnya, kawan baru atau saudara baru..
ish ish..








mm..baru ke baharu? lupa pulak..
jangan haru biru sudah la.. :p

tahun baru ni lebih meriah bila disambut dengan keluarga,saudara mara dan rakan-rakan..
berkumpul ramai-ramai..english nya "gathering"..haa..
makan-makan.. ziarah menziarahi..tak rugi pun..kan cuti..

semoga tahun baru ni menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya..
semoga kita semua menjadi yang lebih baik dan melakukan kebaikan..
semoga setiap dari kita belajar dari kesalahan dan keluar dari kelompok kejahatan..
semoga Allah memberi keberkatan,kesihatan dan memudahkan urusan..














Friday, November 11, 2011

SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT..

TADA...!! cantik tak?
eee!!! busuknya...banyaknya sampah..
tu lah sampah-sampah yang kita buang setiap hari..
kertas..botol..plastik..
semua kita buang bila tidak digunakan lagi..
kesannya..bilangan sampah yang dibuang semakin meningkat dari hari ke hari..
ish..ish..tak semua sampah yang kita buang boleh dilupuskan begitu sahaja..
ia mengambil masa yang sangat lama..bertahun-tahun pula tu..
jadi...apa kata kita beralih angin..(bukan buang angin..!)
kita kitar semula barang-barang yang kita tak nak guna.
bukan susah pun..asingkan botol,kertas,tin dan plastik..
lepas tu hantar kat tempat kitar semula..
takda masa??
tong kitar semula kan ada..cuma jauh sedikit dari rumah kita
tak pun ada lori yang lalu depan rumah kita..
" lu ala balang mau kitar semula?? "
 haha..kelakar la apek cakap
" ala..ala.." maksudnya ada la tu..
kitar semula..fikir dulu sebelum buang..

SELAMAT MENYAMBUT HARI KITAR SEMULA KEBANGSAAN!!

saya sudah kitar semula..anda bila lagi? selamat mencuba :)









zzzZZZ...


eh..aku di mana?? kenapa gelap? tolong!!!!
berdebar-debar..adakah aku sudah mati?
tiada siapa yang jawab..
aku menuju ke arah cahaya.. tolong!! aku menangis..
cahaya itu semakin lama semakin jauh..
aku berlari laju..tunggu! tunggu!
jangan tinggalkan aku..
tiba-tiba...
aaaaa!!!!!!!!!!
aku terjatuh.aduh!sakitnya..
aku mendongak ke atas..aku takut! badanku menggigil.
lelaki berbaju putih di hadapanku..
bau mawar semerbak..menusuk hidungku
tanganku ditarik..tolong lepaskan aku! 
lepaskan aku! ampunkan aku!
.............................
astagfirullahal 'azim..
mimpi rupanya..aku mengelap peluh di dahi..
bibirku basah dengan zikrullah..
patut lah..lupa baca doa..kaki pun tak basuh..

kalau dah mengantuk,,mata jadi berat..apa boleh buat..tidur lah!
tunggu dulu..
berat sangat ke kaki nak melangkah ke bilik air..
nak buat apa?? berwuduk lah.. basuh kaki tu..
berat sangat ke mulut nak baca doa..
rasanya tak kan.. tak sampai 1 minit pun..

senang kan? haha..
selain doa tidur,kita boleh baca..

1. Surah Al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Surah An-Ikhlas
4. Surah Al-Falaq
5. Surah Al-Nas
6. Subhanallah  33kali
7. Alhamdulillah  33kali
8. Allahuakbar  33kali

semoga kita terhindar dari mimpi buruk dan dijauhi dari perkara-perkara
yang tidak diingini..mudah-mudahan kita dilindungiNya sepanjang tidur..

#ingat-mengingatkan amalan mulia.kadang-kadang kita lupa.ingatkan saya juga  :D

#2 BILA...MASA tu lah..


BILA ibu kita tiada wang untuk belikan baju,beg,kasut dan lain-lain lagi,MASA tu lah kita muncung mulut,masam muka. " ibu kedekut! ibu tipu! ibu da janji kan nak belikan baju.." 

BILA ibu melarang kita dari berjumpa lelaki atau perempuan yang bukan muhrim,MASA tu lah kita fikir ibu mengongkong.ibu tak memahami.ibu kejam..Astagfirullah..tak baik kita bersangka buruk pada ibu.ada sebabnya ibu tak bagi..

BILA ibu tiada di rumah,MASA tu lah kita naik tanduk.buat sesuka hati kita.da macam pesta!

BILA ibu kita minta tolong telefon kawannya,bukakan mana-mana website,MASA tu lah kita marah ibu kita atau buat-buat tak dengar. " dulu muda-muda tak nak belajar,da tua menyusahkan orang! hish.."

BILA ibu kita sedih atau menangis,MASA tu lah kita tiada di sisinya.

BILA ibu bertanya bila hendak pulang ke rumah,MASA tu lah kita memberikan seribu macam alasan.
" sibuk la bu..nanti la.." 
" mmm..bulan depan la bu.."

BILA ibu mahu rehat di usia senja,MASA tu lah kita minta ibu tolong jagakan anak-anak. " cucu ibu juga.."

BILA ibu kita berdoa kepada Allah,buat solat tahajud,solat hajat,MASA tu lah kita sedang lena diulit mimpi indah.Kita apa tahu..

BILA ibu masih terjaga,mata masih terbuka,mulut bisa berkata-kata,MASA tu lah kita LUPA pada ibu.Kita lupa ucapkan TERIMA KASIH kepadanya.kita lupa jasa dan pengorbanannya.kita biarkan ibu hidup sendirian di mamah usia.kita lupa ibu yang melahirkan kita!

BILA ibu sudah tiada,MASA tu lah kita menyesal.kita sedar akan perbuatan kita selama ini.kita rasa sunyi.menangis air mata darah pun tiada gunanya.yang pergi takkan kembali..

Ya Allah..ampunkan hambamu ini..ibu! maafkan anakmu..aku berdosa..aku tidak mahu jadi anak derhaka..
aku selalu sakiti hati ibu..aku terlalu pentingkan diri.Ya Allah,,berilah aku peluang untuk bahagiakan ibuku..
untuk balas jasa ibu..ibu..tunggu!

~sayasayangibu~ 




#1 BILA...MASA tu lah...


" Putih..oh..Putih..jom makan..lapar ea.."
" moew..meow.."
" untung kamu hari ni.ada ikan lebih.moga-moga kamu kenyang.." kataku dalam hati sambil tersenyum.

Seronok tengok Putih makan.Berselera betul!
Putih memeng suka makan kepala ikan.Isi ikan pula digaul bersama nasi..

" meow..meow..meow.."
semakin lama semakin kuat!
" Putih..anak kamu nak susu lah tu.."
Putih pun meninggalkan makanannya dan masuk ke sangkar semula.
" Eh,,macam faham ja.." kataku sambil menggeleng kepala.

Aduhai..Putih baru nak makan..tapi terhenti seketika.Bagusnya Putih..
Tengoklah pengorbanannya..Subhanallah..
Sanggup berhenti makan disebabkan anak-anaknya yang kelaparan..

Kisah yang terjadi di depan mata ni membuatkanku berfikir sejenak..
Betapa besarnya pengorbanan seorang IBU,UMI,EMAK,MAMA,MUMMY dan lain-lain lagi.

BILA ibu kita sedang memasak,MASA tu lah kita minta ibu bancuhkan susu dalam botol.

BILA ibu sedang menjemur kain,MASA tu lah kita minta ibu carikan baju,seluar atau stoking yang sudah lama cari tak jumpa-jumpa.

BILA ibu kita sudah menghantar kita ke sekolah atau ibu mahu bertolak ke tempat kerja,MASA tu lah kita beritahu ibu yang kita tertinggal kotak pensil atau buku latihan. " tertinggal lah ibu..tolong ya.."

BILA ibu sedang menyiapkan minum petang atau makan malam,MASA tu lah kita panjangkan tangan untuk rasa apa yang dimasak. " ibu..boleh ambil tak?

BILA ibu baru nak layan berita kat televisyen,MASA tu lah kita minta ibu jahitkan seluar yang terkoyak atau potongkan kuku.

BILA ibu kita sedang menggosok baju,MASA tu lah kita minta ibu buatkan kerja sekolah. " ibu,,lukiskan gambar keluarga..cikgu suruh hantar esok juga.." 

BILA ibu baru hendak lelapkan mata,MASA tu lah kita minta ibu temankan kita sebab mimpi buruk..takpun pergi tandas..takut..

BILA ibu ada hal penting yang perlu diselesaikan atau kerja lebih masa,MASA tu lah kita menangis sebab nak ikut.Padahal adik beradik yang lain ada di rumah.Ayah pun ada.

BILA ibu sedang menasihati kita supaya jadi anak yang baik,jangan tinggal solat,belajar rajin-rajin,MASA tu lah kita tutup telinga. " Ibu ni asyik membebel je.."

BILA ibu kata JANGAN buat,MASA tu lah kita BUAT juga.Kita pekakkan telinga.

Ibu tak pernah mengeluh.Malah ibu buat apa yang kita pinta.Betapa penyabarnya ibu kita..
Tiada langsung perkataan " Ah! " yang keluar dari mulut ibu.Tapi kita..bagaimana sikap kita terhadap ibu..??
Fikir-fikirkan..

*sekadar perkongsian pendapat.maaf jika ada salah silap..

Sunday, November 6, 2011

'Eid Ul-Adha ^_^




apa khabar kawan-kawan? macam mana raya aidiladha tahun ni?
seronok tak? juadah apa yang dihidangkan masa raya? pasti sedap kan..
Bila bercakap tentang qurban ni,,,pasti kita teringat tentang kisah perngobanan
yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail..
sungguh besar erti pengorbanan tersebut.. kita bagaimana?sanggup tak kita?
mmm.. banyak perkara yang kita boleh berkorban.. cuma nak atau tak nak saja..
Sebagai contoh,ibu bapa kita pun da banyak berkorban.. betul tak?
hahaha..jadi,,kita kenalah balas jasa ibu bapa kita..
sebut pasa qurban ni...
berapa ekor lembu yang dikorbankan? hahaha
ibadah qurban ni hukumnya sunat mu'akkad bagi sesiapa yang mampu.. :)
bagi yang mampu tu,,alhamdulillah..
Firman Allah SWT:
maksudnya:
" Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan
sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur) "
(Surah Al-Kauthar 108:2)
Banyak hikmah yang kita dapat daripada ibadah qurban. Salah satunya adalah sebagai tanda
syukur kepada Allah atas nikmat dan kurniaanNya kepada manusia..Mudah-mudahan raya aidiladha kali ni memberi makna yang sangat besar buat umat Islam di dunia ini dan tahun-tahun yang akan datang. InsyaAllah..




Saturday, October 22, 2011

Cake Day :)

Forget the weight
just enjoy the cake
and make your Cake Day
absolutely great!

 yummy!!!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEK..

ana suka makan kek..hehe
terutamanya kek coklat!
sedap...
 macam kek ni..




geramnya tengok kek ni..
kalau boleh tiap-tiap hari nak makan kek coklat :p
siapa suka kek pegang mulut..! hihi
ada orang kata kek tak elok untuk kesihatan..
siapa kata??
kek tu tak salah pun..jangan salahkan kek..
kesian dia..
makan kek memang sedap..tapi..
harus ingat..makan tu berpada-pada lah ya..!
kek tu kan manis..ada lemak..ada karbohidrat..
macam-macam lagi la..
contohilah amalan Rasulullah s.a.w
seperti yang disebut dalam al Quran yang bermaksud:
"... makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.." (surah al-A'raf,ayat 31)
jadi,beringat-ingatlah..
makanlah apa yang anda suka.
tak ada siapa yang larang
namun,lebih elok kalau kita praktikkan...
"berhenti sebelum kenyang.."
tak kisahlah makan kek ke,coklat ke atau apa-apa aja.. 

tq & tc (.^_^.)










Thursday, October 20, 2011

sedapnya kek ni.. kanak-kanak pasti suka..berwarna warni.. anda bagaimana? eh..anda kanak-kanak ke?
hehehe.. kek ni untuk kanak-kanak di luar sana.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA..! tahu tak ada hari kanak-kanak sedunia? haa.. ada la.. jom! cepat-cepat ucap kat kanak-kanak di luar sana..kat adik-adik kita.. (kalau ada yang masih kecil) hehe.. 
Hari Kanak-kanak Sedunia ni biasanya disambut pada 1 Jun di kebanyakan negara. Tapi.. sejak 1954, PBB & UNESCO menjadikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia. :)
jadi..JANGAN lupa tarikh penting ni.. kita dulu pun pernah jadi kanak-kanak,jadi tak salah kalau kita sambut  untuk adik,anak,cucu atau cicit..
tengok ni.. seronok kan mereka..
hargai la mereka.. kerana mereka membuatkan dunia bahagia..gembira..selesa.. mereka membuatkan dunia tersenyum.. 

"we worry about what a child will become tomorrow,yet we forget that he is someone today! "
kan bagus kalau dapat jadi kanak-kanak lagi.. tapi nak buat macam mana..hidup perlu diteruskan.. umur semakin meningkat.. zaman makin berubah.. :p sayangi kanak-kanak seperti mana kita menyayangi diri kita..
kalau ada masa terluang,,bawalah mereka ke tempat-tempat yang mengadakan sambutan hari kanak-kanak.. mereka pasti suka! 

" The best way to make children good is to make them happy.." 
-oscar wilde-






Saturday, October 15, 2011

Hurry up!!!!






 Some people say, "time is like a gold".
 but..
 some people say, "time never wait for us".
 and..
 some people say, "time is precious,so waste it wisely".

surah al asr,1-3(mekah)
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."

do not waste your time..appreciate it..
otherwise...you will be like this..


hahaha..

"TIME IS LIKE A SWORD.IF YOU DO NOT CUT IT,IT WILL CUT YOU"

tadaaa... :)

Friday, October 14, 2011

Dahagakan kasih,kelaparan cinta,kebuluran bahagia..



Cinta sejati tak mudah diperolehi
Kasih Ilahi tak mudah dirasai
Kebahagiaan tak mudah dikecapi
Namun..
Jika kita percaya padaNya
Jika kita mendamba cinta Yang Maha Esa
Jika kita menyayangiNya lebih dari segalanya
Jika kita melaksanakan suruhanNya
Jika kita tidak melupakanNya
Jika kita tidak meninggalkan Dia
InsyaAllah..
Allah tidak akan melupakan kita
Allah akan menyayangi kita
Allah akan mengurniakan cinta
Kerana..
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Allah Pemberi Cinta,Kasih dan Bahagia


K.a.W.a.N b.A.i.K =_o


"Adakah kamu berdua kawan baik?
tapi..kamu nampak mesra.."
mm..kalau begitu,teman tapi mesra..
"tapi..kamu dah jarang bersama.."
mm..kalau begitu,kawan biasa..
hahaha..tak kisahlah apapun orang nak kata.Dia tetap kawan baik saya.
Saya masih berkawan dengannya.Bagi saya,kawan,teman,sahabat sama ja.. :)
Dia kawan baik saya,,dia teman baik saya,,dia sahabat baik saya..!
Jom layan video ini..

Persahabatan telah direncanakan oleh Allah Yang Maha Esa
Pertemuan yang tidak dirancang dan tidak disangka
Perkenalan yang biasa dan suram pada awalnya
Dua insan yang jarang bertegur sapa
Bercakap,berjumpa dan berbincang jika ada perkara
Siang malam silih berganti sehingga tiba masanya
Pertolongan si dia diperlukan untuk membuat poster
Dua sahabat bekerjasama
Program dilaksana dengan penuh gembira
Alhamdulillah,akhirnya berjaya
Allah Maha Mengetahui,Allah Maha Kuasa
Mereka menjadi sahabat setia
Ke mana sahaja mereka berdua
Hingga ada yang cemburu buta
Pelbagai fitnah dan khabar angin menimpa
Astagfirullahalazim,bukan itu sahaja
Ada yang cuba mengkucar-kacirkan mereka
Alahai,mereka tidak bercinta
Kata sepakat diraih bersama
Kalau berdua tidak manis dipandang mata
Apatah lagi dimata Dia
Kekerapan berjumpa dikurangkan akhirnya
tapi,orang bertanya tak kurang jua
Aduhai,tidak mengapa
Walaupun jasad tidak bersua
Ya Allah,satukanlah mereka dalam hati yang sama
menjadi sahabat,kawan dan teman yang mesra
Semoga Allah memberkati ukhuwah yang ada

#terima kasih kepada sesiapa yang membaca,
  maaf dipinta jika ada yang terasa,
  salam ukhuwah fillah abadan abada..







Kahwin Oh Kahwin


Cinta terjalin antara dua hati
Janji diikat sehidup semati
Kasih disulam penuh teliti
Cahaya mata menjadi bukti
Suruhan Allah terus ditaati
Moga bahagia & hidup diberkati

# Selamat ulangtahun perkahwinan kepada bonda dan ayahanda tercinta.
    May Allah bless both of you..   ^_^

MaRi BeRdOa

Doa Rabitah

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendukung
SyariatMu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada
Kekalkanlah kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahayaMu
Tiada malap terangi alamMu
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia

Thursday, October 13, 2011

When I was a child..

I smiled happily..
I cried heavily..
I played hardly..
I learned smartly..
I talked actively..
I sang loudly..
I spent my life as a child simply and easily..
and I never regret it..
I never forget my sweet memories..


what did you do when you were a child??





There is no difference between a child and another children.
They enjoy their happiness with their family,friends and nature.
If there are differences,it's only the tools that they used to play,environment and family background.
but all children just PLAY,LEARN & GROW TOGETHER! :p


sing together..