Friday, November 11, 2011

#1 BILA...MASA tu lah...


" Putih..oh..Putih..jom makan..lapar ea.."
" moew..meow.."
" untung kamu hari ni.ada ikan lebih.moga-moga kamu kenyang.." kataku dalam hati sambil tersenyum.

Seronok tengok Putih makan.Berselera betul!
Putih memeng suka makan kepala ikan.Isi ikan pula digaul bersama nasi..

" meow..meow..meow.."
semakin lama semakin kuat!
" Putih..anak kamu nak susu lah tu.."
Putih pun meninggalkan makanannya dan masuk ke sangkar semula.
" Eh,,macam faham ja.." kataku sambil menggeleng kepala.

Aduhai..Putih baru nak makan..tapi terhenti seketika.Bagusnya Putih..
Tengoklah pengorbanannya..Subhanallah..
Sanggup berhenti makan disebabkan anak-anaknya yang kelaparan..

Kisah yang terjadi di depan mata ni membuatkanku berfikir sejenak..
Betapa besarnya pengorbanan seorang IBU,UMI,EMAK,MAMA,MUMMY dan lain-lain lagi.

BILA ibu kita sedang memasak,MASA tu lah kita minta ibu bancuhkan susu dalam botol.

BILA ibu sedang menjemur kain,MASA tu lah kita minta ibu carikan baju,seluar atau stoking yang sudah lama cari tak jumpa-jumpa.

BILA ibu kita sudah menghantar kita ke sekolah atau ibu mahu bertolak ke tempat kerja,MASA tu lah kita beritahu ibu yang kita tertinggal kotak pensil atau buku latihan. " tertinggal lah ibu..tolong ya.."

BILA ibu sedang menyiapkan minum petang atau makan malam,MASA tu lah kita panjangkan tangan untuk rasa apa yang dimasak. " ibu..boleh ambil tak?

BILA ibu baru nak layan berita kat televisyen,MASA tu lah kita minta ibu jahitkan seluar yang terkoyak atau potongkan kuku.

BILA ibu kita sedang menggosok baju,MASA tu lah kita minta ibu buatkan kerja sekolah. " ibu,,lukiskan gambar keluarga..cikgu suruh hantar esok juga.." 

BILA ibu baru hendak lelapkan mata,MASA tu lah kita minta ibu temankan kita sebab mimpi buruk..takpun pergi tandas..takut..

BILA ibu ada hal penting yang perlu diselesaikan atau kerja lebih masa,MASA tu lah kita menangis sebab nak ikut.Padahal adik beradik yang lain ada di rumah.Ayah pun ada.

BILA ibu sedang menasihati kita supaya jadi anak yang baik,jangan tinggal solat,belajar rajin-rajin,MASA tu lah kita tutup telinga. " Ibu ni asyik membebel je.."

BILA ibu kata JANGAN buat,MASA tu lah kita BUAT juga.Kita pekakkan telinga.

Ibu tak pernah mengeluh.Malah ibu buat apa yang kita pinta.Betapa penyabarnya ibu kita..
Tiada langsung perkataan " Ah! " yang keluar dari mulut ibu.Tapi kita..bagaimana sikap kita terhadap ibu..??
Fikir-fikirkan..

*sekadar perkongsian pendapat.maaf jika ada salah silap..

No comments:

Post a Comment