Friday, November 11, 2011

#2 BILA...MASA tu lah..


BILA ibu kita tiada wang untuk belikan baju,beg,kasut dan lain-lain lagi,MASA tu lah kita muncung mulut,masam muka. " ibu kedekut! ibu tipu! ibu da janji kan nak belikan baju.." 

BILA ibu melarang kita dari berjumpa lelaki atau perempuan yang bukan muhrim,MASA tu lah kita fikir ibu mengongkong.ibu tak memahami.ibu kejam..Astagfirullah..tak baik kita bersangka buruk pada ibu.ada sebabnya ibu tak bagi..

BILA ibu tiada di rumah,MASA tu lah kita naik tanduk.buat sesuka hati kita.da macam pesta!

BILA ibu kita minta tolong telefon kawannya,bukakan mana-mana website,MASA tu lah kita marah ibu kita atau buat-buat tak dengar. " dulu muda-muda tak nak belajar,da tua menyusahkan orang! hish.."

BILA ibu kita sedih atau menangis,MASA tu lah kita tiada di sisinya.

BILA ibu bertanya bila hendak pulang ke rumah,MASA tu lah kita memberikan seribu macam alasan.
" sibuk la bu..nanti la.." 
" mmm..bulan depan la bu.."

BILA ibu mahu rehat di usia senja,MASA tu lah kita minta ibu tolong jagakan anak-anak. " cucu ibu juga.."

BILA ibu kita berdoa kepada Allah,buat solat tahajud,solat hajat,MASA tu lah kita sedang lena diulit mimpi indah.Kita apa tahu..

BILA ibu masih terjaga,mata masih terbuka,mulut bisa berkata-kata,MASA tu lah kita LUPA pada ibu.Kita lupa ucapkan TERIMA KASIH kepadanya.kita lupa jasa dan pengorbanannya.kita biarkan ibu hidup sendirian di mamah usia.kita lupa ibu yang melahirkan kita!

BILA ibu sudah tiada,MASA tu lah kita menyesal.kita sedar akan perbuatan kita selama ini.kita rasa sunyi.menangis air mata darah pun tiada gunanya.yang pergi takkan kembali..

Ya Allah..ampunkan hambamu ini..ibu! maafkan anakmu..aku berdosa..aku tidak mahu jadi anak derhaka..
aku selalu sakiti hati ibu..aku terlalu pentingkan diri.Ya Allah,,berilah aku peluang untuk bahagiakan ibuku..
untuk balas jasa ibu..ibu..tunggu!

~sayasayangibu~ 




No comments:

Post a Comment