Monday, February 25, 2013

PESAN MAK

Mak saya adalah kawan baik,kawan rapat dan kawan istimewa saya
mak lah tempat saya mengadu..mengadu kat Allah dulu tau baru mak
hal kecil pun saya beritahu mak saya..ada masalah dengan kawan pun nak beritahu mak
patut la orang kata saya anak mak..hihi

Pesan mak..
"banyak-banyak bersabar..biarlah apa depa nak kata..
 anggaplah ini ujian dari Allah"

Pesan mak
"banyak-banyak istigfar dan mohon pada Allah supaya dipermudahkan urusan harian"

Pesan mak
"masa tengah belajar tumpukan betul-betul..esok dah kerja fikirlah pasal kahwin..
 kahwin tak semudah yang kita nampak..jangan buang masa berteman kalau kita belum nak kahwin"

Pesan mak
"bila tertekan, banyakkan ingat Allah"

Pesan mak
"hargailah masa dengan baik..biar kita penat/susah sekarang..
 insyaAllah kalau kita ikhlas belajar kerana Allah, Dia akan membantu kita"

Pesan mak
"lepas sembahyang subuh, baca surah Asy Syarh 7 kali"

Pesan mak
"bila dah berjauhan dengan mak, kalau nak buat apa, nak minta apa atau pergi mana,
 beritahu mak dulu..jangan rahsia dengan mak..mak tak tahu hampa tipu ke tak..
 tapi Allah tahu"

Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Allah..
saya ada seorang mak yang sayang pada anak-anaknya
seorang mak yang ambil berat pada anak-anaknya
seorang mak yang 'sporting & cool' 
terima kasih mak kerana selalu mendoakan anak-anak..
saya sayang mak! 

Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu :D

No comments:

Post a Comment