Wednesday, February 6, 2013

REaliTI

ketika di hospital..teman nenek saya pergi ambil darah kat bahagian mata..nenek kurang nampak.

nenek cina : aiya..lu olang melayu manyak untung..ada anak..teman lu punya mak..
mak           : you datang dengan sapa?
nenek cina : saya solang-solang..ada anak..tak mau hantar..dia duduk itu balakong.
mak           : o..datang naik apa? teksi?
nenek cina : mana ada..saya bawak kereta solang-solang..saya mana nampak..
mak           : you duduk mana?
nenek cina : saya duduk itu sungai buloh..
mak           : aiya..jauh..you kurang nampak..macam mana bawa kereta?
nenek cina : saya bawa slow..saya pasang itu lampu kecemasan..olang ingat keleta losak..sampai juga ke hospital.

kesian nenek cina tu.. dia datang seorang diri dengan mata yang kurang nampak. umur dia 61 tahun..
saya dan mak pula teman nenek ke hospital..
nenek tu cerita anak dia balik setahun sekali je..kat rumah pun tinggal seorang diri..

lebih terkejut bila dia cakap dia masih bekerja..kerja mencuci rumah orang..potong sayur di kedai makan.. sedih..anak-anak sibuk bekerja..dah berjaya..
tiba-tiba datang anak beranak berbangsa cina juga datang untuk berjumpa doktor..lagi la sayu..
"lagi 4 hari mau tahun baru.." kata nenek cina tu.. saya harap anak-anak dia balik rumah dia..

saya bukan nak cakap pasal bangsa cina ni tak baik ke apa.. 
semua bangsa ada yang jadi macam ni.. apapun berbalik pada didikan agama..
ada orang bila dah berjaya,ingat ibu bapa..bawa ibu bapa jumpa doktor bila mereka jatuh sakit
kisah nenek cina ni membuat saya tersentuh dan sebak..

saya berharap saya tidak menjadi seperti anak-anak dia..saya nak jaga ibu bapa saya..
saya nak jaga atuk dan nenek saya.. biarlah orang pelik dengan keluarga saya..
seorang sakit,,tapi ramai yang datang teman.. saya tetap nak teman orang yang saya sayang..
lagipun sekarang ni saya sedang cuti semester..ini la peluang saya..


sayangilah orang yang berada dekat dengan kita..sayangilah ibu bapa kita..sayangilah keluarga..
janganlah kita menghukum ibu bapa kita kerana kehidupan masa lalu..
siapa kita untuk menghukum? terimalah mereka seadanya..
jangan kita pandang keburukan dan kelemahan mereka..pandanglah kebaikan mereka..
itu pun tak mampu kita balas..

sebagai contoh,mereka sanggup menjaga kita sehingga kita berumur 25 tahun..lepas tu kita kahwin..
kita dah ada keluarga..tapi mampu tak kita menjaga ibu bapa selama 25 tahun? 
mereka menjaga kita dan adik beradik..tapi mampukah kita nak jaga seorang ibu dan seorang bapa?
tak ramai pun.. fikir-fikirkan..selalu muhasabah diri..

#saya cakap ni pun untuk diri saya juga..sebagai peringatan..
  salah silap harap maafkan..semoga diri ini tidak leka dengan dunia..

Thanks for reading ^-^

No comments:

Post a Comment